Latar belakang Pemberontakan_Easter

Akta Kesatuan 1800 telah menyatukan Kerajaan Great Britain dan Kerajaan Ireland sebagai sebuah Kerajaan Bersatu Britain Raya dan Ireland yang turut membubarkan Parlimen Ireland serta memberi Ireland perwakilan di Parlimen British. Dari awal lagi,l banyak golongan nasionalis Ireland menentang kuat kesatuan ini atas khuatirnya eksploitasi dan penderitaan berterusan penduduk pulau yang membawa ke tahap emigrasi yang tinggi.[3][4] Pembangkangan terhadap proses ini telah mengambil berbagai bentuk: perlembagaan ( Mencabut Persatuan; Liga Pemerintah Sendiri), sosial (pembubaran Gereja Ireland; Liga Tanah) dan revolusioner (Pemberontakan 1848; Kebangkitan Fenian).[5] Gerakan Memerintah Sendiri Ireland berusaha untuk mencapai kerajaan sendiri untuk Ireland, dalam United Kingdom. Pada tahun 1886, Parti Parlimen Ireland (IPP) yang diketuai Charles Stewart Parnell berjaya memperkenalkan Undang-undang Berkerajaan Sendiri Pertama dalam Parlimen British, tetapi ia telah dikalahkan. Undang-undang Berkerajaan Sendiri Kedua yang menyusul pada tahun 1893 telah diluluskan oleh Dewan Rakyat tapi ditolak oleh Dewan Pertuanan.

Selepas kejatuhan Parnell, golongan nasionalis yang lebih muda dan radikal menjadi kecewa dengan politik parlimen dan berpaling ke arah langkah pemisahan yang lebih ekstrem. Persatuan Olahraga Gaelik, Liga Gaelik serta kebangkitan budaya di bawah William B. Yeats dan Lady Augusta Gregory bersama-sama pemikiran politik baru yang dibawa oleh Arthur Griffith dalam akhbar Sinn Féinnya dan organisasi seperti Majlis Kebangsaan dan Liga Sinn Féin telah membawa banyak orang Ireland untuk mengaitkan diri mereka dengan idea Ireland Gaelik yang merdeka.[6][7]Konsep ini kadangkalanya disebut juga dengan istilah umum Sinn Féin.[8]